SelangorToday

KPKM SALUR PERUNTUKAN RM4.70 JUTA KE KELANTAN MELALUI LPP

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4.70 Juta sebagai usaha menyokong agenda pembangunan industri agromakanan di Kelantan. Melalui satu posting yang dikongsikan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP), Mahfuz Omar, KPKM amat prihatin kepada isu-isu berkaitan pengeluaran agromakanan. Oleh itu peruntukan yang disalurkan oleh KPKM melalui LPP itu demi meningkatkan pendapatan serta persediaan menghadapi sosio ekonomi peladang.

Peruntukan itu juga diturunkan selepas mengambil kira beberapa cabaran yang perlu ditempuhi oleh warga peladang agar sektor agromakanan terus lestari dan kukuh. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu telah mengadakan sesi libat urus bersama warga peladang di Gua Musang beberapa hari yang lalu. Dalam program tersebut, Mohamad memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk mendengar isu-isu yang berbangkit melibatkan peladang di Gua Musang. Proses libat urus antara pimpinan utama kementerian dan peladang akar umbi menjadi medan mengukur tahap keberkesanan sesuatu dasar yang dibuat agar ia akan diperbaiki pada masa akan datang.

Sementara itu, Mohamad yang juga Presiden AMANAH telah menyampaikan ‘Mock Check’ berjumlah RM185,550 untuk Geran Pemadanan Program Pemerkasaan Usahawan(Rise-Up). Geran tersebut diserahkan kepada tiga usahawan ternakan lembu dan tanaman sayur fertigasi. Turut serta enam belas orang penerima skim pemilikan jentera kecil pertanian(matching grant) bagi tahun 2024. – SelangorToday

Exit mobile version