SelangorToday

KPKT KOMITED REFORMASI PENGURUSAN SISA PEPEJAL – TIMB.MENTERI

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited untuk memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal negara melalui pelaksanaan dasar reformasi menyeluruh yang berpaksikan teknologi hijau, ekonomi kitaran dan penglibatan masyarakat secara holistik.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu menegaskan demikian ketika merasmikan Simposium Reformasi Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2025 yang berlangsung di Institut KPKT (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang.

Simposium yang pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) itu menjadi medan strategik penting dalam merangka hala tuju baharu ke arah negara rendah karbon dan berdaya tahan menjelang 2030.

“Reformasi ini menandakan peralihan daripada sistem pelupusan linear kepada pemulihan sumber secara mampan melalui penerapan teknologi bersih dan automasi pintar. Ini sejajar dengan komitmen kita terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 11 dan 12 serta sasaran sifar bersih karbon menjelang 2050,” ujar beliau dalam ucapannya.

YB Datuk Hajah Aiman Athirah turut memaklumkan bahawa KPKT mensasarkan pengurangan sebanyak 15% jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan menjelang 2030 melalui dasar proaktif, inovasi teknologi serta pembudayaan amalan lestari dalam kalangan rakyat.

Antara intipati penting yang dibentangkan dalam simposium ini termasuk:

Program ini dijangka menjadi acara tahunan yang akan menghimpunkan pemegang taruh dari pelbagai sektor termasuk kerajaan, industri, akademia dan komuniti dalam usaha kolektif memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal negara.

“Transformasi ini bukan sahaja tentang mengurus sisa, tetapi tentang membina masa depan negara yang lebih bersih, mampan dan berdaya saing,” tambah beliau lagi.

Exit mobile version