SelangorToday

KPKT TAMBAH BAIK REKA BENTUK KIOKS TANPA NAIKKAN KADAR SEWA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat penambahbaikan terhadap spesifikasi reka bentuk lebih lestari dan kemudahan kios yang lebih baik tanpa peningkatan kadar sewaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memakluimkan sebanyak RM100 juta diperuntukkan bawah program MyKiosk 2.0 dengan 4,046 unit kiosk tambahan sedang dalam proses pembinaan.

“Setiap unit kios dilengkapi dengan tenaga solar berkapasiti 1,000 watt. Selain itu, penambahbaikan lain adalah seperti berikut penggunaan bahan atau material yang lebih tahan lasak.

“…peningkatan sistem elektrikal seperti lampu LED, pembaharuan reka bentuk bumbung berkecerunan bagi mengelakkan air bertakung dan berlumut serta peningkatan sistem mekanikal iaitu tingkap hidraulik, roda dan rak mudah laras atau fleksibel untuk memudahkan susun atur produk,” katanya.

–fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasruddin mengenai kesesuaian serta keperluan penjaja dan peniaga dalam penggunaan kios berikutan ia ditinggalkan kerana merasakan tidak sesuai. -Berita RTM

Exit mobile version