KANGAR: PAS Pusat mengumumkan pemberhentian serta-merta keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang juga merupakan ahli Badan Perundangan PAS negeri itu.
Menurut kenyataan media PAS Pusat, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada Rabu, 24 Disember 2025.
Ketetapan berkenaan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Tiga wakil rakyat terbabit ialah:
- YB Tuan Haji Saad bin Seman, ADUN Chuping;
- YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, ADUN Bintong; dan
- YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim, ADUN Guar Sanji.

PAS memaklumkan bahawa ketetapan tersebut akan disampaikan secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.
Kenyataan media itu ditandatangani Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan bertarikh 3 Rejab 1447 Hijrah bersamaan 24 Disember 2025.