SelangorToday

KSP RMK-12: DR.DZULKEFLY INGATKAN, PERBAIKI KADAR HUTANG NEGARA PERLU JADI KEJAYAAN UTAMA

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam mengingatkan Kerajaan Perpaduan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam memperbaiki kedudukan hutang negara yang telah mencecah RM 1.5 trilion. Beliau menambah langkah memperbaiki kadar hutang negara yang sepatutnyan  dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun pertama RMK-12 dilancarkan sama sekali gagal akibat pengurusan kewangan yang lemah. Oleh itu dalam tempoh berbaki ini, komitmen Kerajaan Perpaduan melalui 3 fokus utama antaranya ‘memperkukuh kemampanan’  perlu diusaha sehabis baik.

Tambah beliau yang juga Pengarah Strategik AMANAH Nasional, hampir saban tahun pelbagai rancangan kerajaan dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia sejak dahulu hingga kini, ia termasuk Wawasan 2020, Economic Transformation Programme(ETP) dan pelbagai lagi. Namun ia tidak mampu mendatang hasil yang lumayan buat negara. Malah cita-cita Kerajaan Perpaduan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi telah lama dicanang oleh pimpinan terdahulu. Oleh itu, biarlah fokus yang ditetapkan ini mampu dicapai melalui kestabilan politik dan integriti kepimpinan yang ada.

Dr.Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, mencapai negara berpendapatan tinggi perlu diurus dengan langkah yang kemas dan jitu. Hal ini demikian kerana, Malaysia mengalami pra-matang dalam sektor perindustrian negara sebelum ini. Maka beliau percaya dengan kejelasan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk memacu pendapatan tinggi buat negara diiringi dengan perstrukturan industri negara yang mampu menggamit pelabur dalam dan luar negara melabur di Malaysia. Seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing. – SelangorToday

Exit mobile version