SelangorToday

KSP RMK12 : MP PUTRAJAYA DIARAH KELUAR DEWAN

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin diarah keluar Dewan selepas mengganggu sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.

Arahan itu dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas Radzi enggan mendengar arahan supaya duduk dan memberi peluang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan sesi penggulungannya tanpa diganggu.

Rentetan arahan itu, beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit, bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Exit mobile version