SelangorToday

KSP RMK12: MP SHAH ALAM CADANG PENUBUHAN SURUHANJAYA PADI BERAS NEGARA

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof mencadangkan kepada kerajaan agar sebuah agensi seakan FELCRA atau Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan bagi menguruskan krisis bekalan beras yang mengalami kemerosotan setakat ini. Beliau menambah ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat semalam dengan mencadangkan agar satu Suruhanjaya Padi Beras Negara ditubuhkan memandangkan faktor dasar negara pengeksport beras dan perubahan iklim mempengaruhi bekalan beras negara.

Hj Azli menyeru agar kerajaan menguasahakan tanah-tanah terbiar yang merangkumi 22% daripada tanah sawah padi untuk menjana produkitiviti negara dengan lebih banyak. Usaha memajukan tanah-tanah terbiar ini mampu menyumbang kepada peningkatan SSL beras negara yang berada pada tahap 65% pada masa ini. Dalam masa yang sama, bagi meningkatkan kelangsungan PMKS, Hj Azli yang juga Ketua AMANAH Shah Alam menawarkan kawasan Shah Alam sebagai Hab perintis E-Dagang. Jelasnya, penubuhan hab ini mampu memudahkan peniaga dari kalangan belia untuk menjalankan urusan perniagaan yang secara langsung meningkatkan pendapatan mereka.

Hj Azli yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Perpaduan dalam memberikan penumpuan kepada menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Tumpuan itu amat tepat pada masanya setelah berkurun lama rakyat Malaysia mengimpikan Malaysia menjadi negara maju dan makmur. – SelangorToday

Exit mobile version