SelangorToday

KUMPULAN LAWAK NO.1 NEGARA, SENARIO BUAT COMEBACK DI MELAKA

Kemunculan semula kumpulan pelawak lagenda negara, Senario menerusi persembahan Senario Union ternyata tidak mengecewakan dan aksi lawak mereka masih berbisa.

Nama seperti Saiful Apek, Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Ilya dan Yassin merupakan antara ahli kumpulan yang terlibat dalam persembahan Senario Union tersebut.

Lebih bersejarah, persembahan tersebut diadakan di Panggung Bangsawan, sekali gus menjadikan Melaka sebagai pilihan destinasi mereka pada Sabtu.

Memulakan persembahan dengan nyanyian lagu Senario, kemudian diikuti persembahan dengan audiens kanak-kanak, aksi persembahan sitkom bersahaja serta beberapa dendangan lagu popular, menjadikan kira-kira 400 peminat terhibur melepaskan rindu aksi mereka.

Dalam masa yang sama, ahli kumpulan Senario mengadakan tribute buat sahabat mereka yang telah meninggal dunia iaitu Hamdan Ramli dengan nyanyian lagu Cinta Berkarat yang pernah dinyanyikan oleh Hamdan dalam album pertama Senario – Melaka Hari Ini

Exit mobile version