SelangorToday

LANTIKAN POLITIK BERDASARKAN KESEIMBANGAN, TARAF PERBANDARAN BUKAN JADI PENENTU

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof berkata soal perlantikan lantikan politik seperti ahli majlis mahupun jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung(JPKK) mestilah mengikut keseimbangan dalam parti Kerajaan Perpaduan. Jelas beliau, kesemua parti harus berperanan di seluruh negeri sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar, oleh itu tidak munasabah apabila UMNO mahukan kesemua 373 lantikan JPPK. Kata Hj Azli lagi, KEADILAN dan AMANAH juga turut bertanding di kawasan luar bandar, maka kedua-dua parti itu juga perlu diberikan tempat untuk berkhidmat di luar bandar.

Hj Azli yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor berkata demikian dalam satu petikan berita Portal Malaysiakini bertarikh 24 Januari 2024. Katanya lagi, sejak tiga penggal yang lalu, gabungan antara parti dalam HARAPAN yang menerajui Negeri Selangor mengamalkan keseimbangan dan kesepakatan antara semua parti. Maka tidak sepatutnya isu pemulangan jawatan lantikan ahli majlis mewakil UMNO timbul. Beliau percaya ruang yang diberikan kepada membolehkan semua parti termasuk UMNO berperanan di Negeri Selangor.

Sebelum ini Malaysiakini yang memetik sumber dalaman kerajaan negeri melaporkan, isu kelewatan pelantikan 272 ahli majlis melibatkan 12 PBT bagi sesi 2024-2025 lewat ekoran keengganan Umno menerima peruntukan 20 kerusi yang ditawarkan. Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin kemudian mengumumkan parti itu akan menyerahkan semula semua 20 jawatan ahli majlis tersebut dan meminta 373 jawatan pengerusi JPKK diberi kepada Umno.

Azli bertegas bahawa perbincangan mengenai peruntukan jawatan tersebut sebaiknya dibuay secara tertutup di meja rundingan. Jika tiada kesepakatan yang dicapai, maka tanggungjawab kepimpinan tertinggi antara parti akan menentukannya. – SelangorToday

Exit mobile version