SelangorToday

LAPORAN KHAS | AIMAN ATHIRAH AKAN KETUAI AWAN PANDU WARDA BANGKIT LEBIH MENYERLAH

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara(AWAN) Nasional, Aiman Athirah Sabu berikrar akan menawarkan diri mengetuai sayap kanan Parti AMANAH itu membantu Wanita Muda AMANAH(WARDA) bangkit dan lebih menyerlah dalam persada politik Malaysia. Ketika menggulung perbahasan di Konvensyen AMANAH Nasional 2023, Aiman berkata, wajah kepemudaan AMANAH yang ada pada hari ini akan menjadi wajah masa depan AMANAH, oleh itu, AWAN harus bersama bertanggungjawab dalam membantu segenap aspek bagi memastikan WARDA selaku pelapis kepimpinan AWAN kelak didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan kemahiran seterusnya menjadi badan tumpuan orang muda.

Beliau yang ketika memulakan ucapan mahu segala ucapan Ketua Pemuda AMANAH dan Ketua WARDA yang disampaikan sebelum beliau itu dijadikan sebagai sebahagian ucapan beliau juga memberikan komitmen jelas untuk mempertahankan pencapaian AMANAH setelah 8 tahun ditubuhkan ini. Mengulas tatacara memilih perwakilan ke konvensyen AMANAH Nasional, Aiman mengingatkan pemimpin kawasan bahawa AMANAH telah bersetuju untuk meletakkan 30% daripada keseluruhan perwakilan mestilah daripada AWAN ataupun wanita, maka pemimpin kawasan mestilah meraikan ketetapan tersebut. Beliau memberi contoh perwakilan Negeri Selangor yang meletakkan 3 orang perwakilan wanita daripada 7 orang perwakilan penuh.

Selaku Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat setahun yang lalu dan kini berkhidmat di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Aiman berkata jika terdapat insan yang susah, maklumkan dan sampaikan kepada pihak beliau kerana rangkaian Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) ada di seluruh negara. JKM ada pelbagai inisiatif dan program untuk membantu golongan yang susah. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada perwakilan AWAN kerana berjaya membawa usul segerakan pembentangan RUU Profesion Kerja Sosial dan di luluskan dalam Konvensyen AMANAH Nasional, kerana RUU itu kini menjadi perhatian pemegang taruh dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) – SelangorToday

Exit mobile version