SelangorToday

LAPORAN KHAS | AMANAH PERLU JADI TERAS PERPADUAN KERAJAAN DAN NEGARA – ABBAS

Pembahas Negeri Selangor bagi Konvensyen AMANAH Nasional 2023, Abbas Salimmi Dato` Adzmi menyatakan bahawa kesepaduan yang dicapai dan perlu dikekalkan dalam kerajaan Perpaduan mesti menjadi keutamaan AMANAH. Malah AMANAH harus memainkan peranannya bagi mengikat semua parti dalam Perpaduan memandangkan AMANAH merupakan parti politik berjalur sederhana, bergerak atas konteks perlembagaan Malaysia serta mengamalkan pendekatan Rahmat Untuk Semua. Tambah Ahli Dewan Negeri Selangor(ADN) bagi Kawasan Seri Serdang itu menegaskan, AMANAH antara parti yang mengamalkan perpaduan dalam kepimpinan memandangkan setiap keputusan parti termasuk barisan kepimpinan parti ditentukan melalui kaedah syura.

Konvesnyen AMANAH Nasional 2023 diadakan di Wyndham Acmar Klang pada 23 dan 24 Disember 2023 ini bakal menyaksikan proses pemilihan parti dilaksanakan. Perwakilan Parti AMANAH daripada seluruh negara akan memilih seramai 27 orang calon untuk memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden. Dalam masa yang sama, Abbas juga berkata Parti AMANAH perlu menjadi benteng utama dalam melawan pemikiran ekstremis yang dibawa sesetengah parti politik sebagai alat untuk menggugat kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Pengarah Sumber Manusia AMANAH Selangor itu menambah, pemikiran seumpama itu boleh meracun dan merosakkan fahaman rakyat sehingga memberi kesan kepada usaha dan kebaikan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.

“Amanah mesti menjuarai isu dan menjadi benteng utama memastikan pemikiran ekstremis dan memerangi pemikiran ‘politik ghulu’ kerana selagi ada pemikiran ini susah negara untuk maju sedangkan kita ada dasar baik dan idea yang sangat hebat,” katanya ketika membahaskan Pidato Presiden AMANAH.

Exit mobile version