Pengunjung yang berminat untuk melawat bangunan bersejarah di Selangor masih percuma kata Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah. Menurut laporan berita Sinar Harian, Selangor tidak berhasrat untuk mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang melawat bangunan yang diwartakan oleh Kerajaan Selangor.
Borhan yang juga pimpinan HARAPAN Selangor menambah, sehingga hari ini hanya Muzium Permainan Tradisional di Kuala Selangor sahaja yang dikenakan caj RM3 mulai Jun lalu berikutan kos selenggara dan alatan yang tinggi. Dalam pada itu, Borhan juga turut memaklumkan antara bangunan warisan yang telah diwartakan kerajaan adalah Gedung Raja Abdullah, Klang dan Istana Bandar, Banting. Manakala Hospital Kusta dan warisan Kapal Korek di Dengkil dalam perancangan.
Sementara itu, Borhan juga turut menegaskan bahawa Selangor bersedia menjadi hab untuk penggiat seni tempatan menyerlahkan identiti dan keperibadian budaya setara nilai sumbangan bidang lain. Katanya, Sleangor berlapang dadar untuk menjadikan negeri ini sebagai hab budaya supaya kerajaan Selangor dapat memberikan impak besar bukan sahaja pada ekonomi negeri tetapi untuk negara. –SelangorToday