Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah mengumumkan jumlah peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan untuk memartabatkan Islam di Selangor. Jumlah dana yang diumumkan itu adalah himpunan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sejak 2018. Tambah Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, sejak 2018, sebanyak RM1.4 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dalam usaha mengukuhkan institusi masjid surau dan sekolah agama. Jelas beliau, jumlah ini tidak termasuk peruntukan melalui anak syarikat negeri, agensi PBT dan lain-lain lagi. Amirudin juga bertegas melalui laman sosial beliau bahawa pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor mengutamakan agenda pemerkasaan syiar Islam tanpa mengenepikan keperluan agama-agama lain.
Pilihan Raya Umum ke-15 menyaksikan elemen ketakutan dan fitnah adu domba yang melibatkan agama dan kaum dimainkan oleh golongan tertentuk yang bertanding dalam PRU. Meskipun ia hanyalah modal politik untuk mendapatkan undi, kesan buruknya mempengaruhi pemikiran anak muda yang belum mengenal erti permainan politik khususnya politik perkauman. Oleh itu, kerajaan Selangor yang dianggotai oleh KEADILAN, AMANAH dan DAP terus membawa elemen yang lebih progresif dalam berpolitik dengan menawarkan agenda pemerkasaan Islam dengan bantuan dan sokongan berbanding permainan politik menggunakan agama. Penyuburan nilai Islam dan kemakmurannya dibawah Pakatan Harapan Selangor mampu mengekang penularan fahaman ektrimis yang mengoyahkan kesepaduan rakyat Selangor.
Memperincikan jumlah dana tersebut, dana yang diperuntukkan juga digunakan untuk membayar elaun dan sumabngan khas perayaan kepada kakitangan masjid dan surau seperti Imam, Bilal, Siak dan lain-lain. Ia juga merangkumi caruman PERKESO untu 4,200 orang guru KAFA. Peruntukkan untuk keperluan institusi Sekolah Agama dan Rumah Ibadat juga melihatkan peningkatan yang signifikan sejak 2018 sehinggalah 2022. Jelaslah kemakmuran ekonomi yang dikecapi oleh Negeri Selangor juga digunakan untuk meningkatkan Syiar Islam dengan cara yang tersusun, sederhana serta berimpak tinggi. – Selangor Today