SelangorToday

LEBIH 10,000 LESEN SEMENTARA KEPADA PENJAJA TANPA LESEN DAN KELOMPOK TERJEJAS COVID-19

Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan lebih 10,000 lesen sementara kepada penjaja tanpa lesen dan golongan terjejas Covid-19 untuk menjalankan perniagaan. Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan yang sedang berada dalam kesempitan mahupun hilang mata pencarian akibat Pandemik yang melanda.

Kata Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Yang berhormat Ng Sze Han, kerajaan negeri mengalu-alukan peniaga kecil, peniaga tepi jalan dan mereka yang berhasrat memulakan perniagaan memohon lesen perniagaan. Tambah beliau, mereka yang berminat perlu datang kepada pejabat PBT atau berjumpa dengan ahli majlis. Pihak bertanggungjawab sedia membantu memberikan lokasi yang selamat dan sesuai.

Kerajaan negeri telah melanjutkan tempoh pemberian lesen sementara kepada peniaga kecil untuk enam bulan lagi sehingga jun tahun depan. Inisiatif yang sepatutnya tamat bulan ini namun diteruskan untuk membantu individu ingin berniaga kerana terkesan pandemik.

Exit mobile version