SelangorToday

LEBIH 2 JUTA RAKYAT SELANGOR DAPAT MANFAAT PROGRAM JUALAN EHSAN RAHMAH

Program Jualan Ehsan Rahmah(JER) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dua tahun lalu telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 2 juta rakyat Selangor. Dato Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, dalam tempoh 2 tahun JER diperkenalkan, program tersebut membawa keperluan asas pada harga yang murah melibatkan seluruh Selangor telah membantu lebih 700,000 keluarga. Tambah Amirudin lagi, kerajaan dalam proses memulihkan ekonomi negara secara perlahan, hakikatnya kerajaan membantu dalam memastikan barangan keperluan seperti ayam termasuk harganya terkawal khususnya menjelang perayaan.

Meskipun Pengerusi HARAPAN Selangor itu mengakui bahawa ada laporan berlaku kenaikan harga tetapi kerajaan dapat memastikan bekalan minyak, ayam, telur dan lain-lain tidak terputus sebagaimana yang berlaku ketika pandemik Covid-19. Kata beliau kerajaan sentiasa meneliti pelbagai usaha untuk menangani kenaikan kos sara hidup termasuk memperkenalkan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini dan kini dikenali sebagai Juala Ehsan Rahmah. Kerajaan tidak sempurna namun sentiasa berusaha untuk mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13). Program dikenali sebagai Jualan Prihatin Rakyat pada 28 Februari 2022 dan pelaksanaannya dilanjutkan sehingga Julai 2022. Pada 30 Ogos 2022, ia diumumkan pula sebagai Jualan Ehsan Rakyat. Ia kemudian ditukar kepada Jualan Ehsan Rahmah selepas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup.

Exit mobile version