Site icon SelangorToday

LEBIH 20,000 BAYI DISASAR TERIMA MANFAAT TABUNG PENDIDIKAN RM500 – PENGERUSI PH SELANGOR

325653904_569650521696189_6293138743489429768_n

Lebih 20,000 bayi di negeri ini dijangka menerima manfaat tabungan RM100 setahun sehingga umur lima tahun menerusi inisiatif Iltizam Anak Selangor (ANAS) pada tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime selama lima tahun bagi membantu persediaan pendidikan.

“Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan ANAS dengan sasaran 30,000 bayi menerima RM500.

“Seramai 7,654 bayi yang lahir di Selangor pada tahun lalu hingga Mac lepas layak menerima tabungan RM100 setahun sehingga berumur lima tahun. Bantuan ini masih dibuka kepada lebih 20,000 bayi sehingga hujung tahun ini.

“Ini antara usaha Kerajaan Negeri menjaga kebajikan masa depan anak-anak kita,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Tambah Amirudin, permohonan terbuka kepada bayi yang lahir di Selangor bermula 2022 dan menetap di negeri ini selain merupakan warganegara.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang di anas.yawas.com.my.

Dengan enam langkah permohonan, ibu bapa yang memiliki anak baru lahir berpeluang menerima bantuan tabungan ANAS berjumlah RM500.

Exit mobile version