SelangorToday

LEBIHKAN ORANG PROFESIONAL KENDALI ISU KETENTERAAN DAN VETERAN ATM

KUANTAN, 14 Feb -- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menjawab pertanyaan para pengamal media selepas melawat Kem Tentera Darat Batu 10 dan Pangkalan Udara Kuantan hari ini. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bekas Menteri Pertahanan, Hj Mohamad bin Sabu menyeru agar kerajaan melibatkan lebih ramai golongan profesional dalam mengendalikan isu ketenteraan dan kebajikan veteran ATM. Berbahas di Parlimen semalam berkaiatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Mohamad berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan dahulu, beliau memberikan sepenuh ruang kepada golongan profesional untuk memberikan pandangan nasihat kepada beliau. Bukan orang profesional yang perlu ikut kata orang politik, tetapi orang politik kena ikut nasihat orang profesional apabila melibatkan isu ketenteraan ini.

Mohamad Sabu, antara Menteri yang prihatin pada kebajikan veteran ATM

Presiden AMANAH itu juga berkata, meski ketika beliau baru memimpin Kementerian Pertahanan, dividen LTAT hanya 3%, namun atas sokongan golongan profesional, beliau tidak berbohong dalam menyatakan hal sebenar, malah beliau mengumumkannya kepada khalayak. Walaupun selepas itu, beliau dicemuh kerana nilai dividennya rendah, tetapi beliau tetap yakin ia akan pulih pada masa akan datang kerana proses memulihkan keadaan LTAT sedang dijalankan. Menambah soal begitu besarnya tanggungjawab Kementerian Pertahanan, Mohamad menambah, hanya Kementerian Pertahanan sahaja yang mempunyai hospitalnya sendiri, universitinya sendiri, setiap cabang dinaungi oleh Raja-Raja Melayu, seolah-olah Kementerian Pertahanan menjadi mini kerajaan kepada kerajaan Malaysia, namun dalam keadaan itu, begitu besar juga masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pertananan termasuk isu pembelian kapal selam dan lain-lain.

Apa yang Ahli Parlimen Kota Raja itu mahukan adalah, orang yang sedang disiasat dan bersalah perlu tetap dihukum, itu perlu. Namun selain itu, keazaman pihak kerajaan dalam memastikan kedudukan ataupun martabat Angkatan Tentera Malaysia diperkasakan perlu menjadi agenda utama. Ketika dahulu, murid-murid mengenali siapa Ketua Panglima Angkatan Tentera, namun kini ATM berada jauh daripada masyarakat dan generasi muda. Oleh itu kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi dilihat ATM benar-benar golongan barisan hadapan yang akan mempertahankan negara.  – Selangor Today

Exit mobile version