SelangorToday

LEBUHRAYA PESISIRAN PANTAI BARAT(WCE) DIBUKA HARI INI, TOL PERCUMA 2 HARI

Pengguna Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan menikmati perjalanan tol secara percuma selama 43 hari bermula 12.01 pagi pada 21 November ini hingga 2 Januari 2024.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu akan melibatkan Lebuhraya WCE melibatkan Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa.

“Pengecualian tol akan diberikan selama 43 hari sehingga 2 Januari 2023, jam 11.59 malam.

DCIM\100MEDIA\DJI_0397.JPG

“Tol percuma ini diberikan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau sebaliknya (di kedua-dua arah),” katanya ketika merasmikan jajaran baharu Lebuhraya WCE di Jeram, di sini.

Tambahnya, jajaran baharu itu akan mula dibuka kepada pengguna sepenuhnya bermula 12.01 malam, pada Selasa ini.

“Jajaran baharu sepanjang 21.8 kilometer itu menghubungkan secara terus pengguna lebuh raya dari Kapar ke Assam Jawa, Selangor,” katanya.

Selain itu, jajaran baharu itu dijangka menjimatkan masa perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa yang mengambil masa 15 minit sahaja berbanding 45 minit sebelum ini.

“Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada pengguna lebuh raya,” katanya.

Katanya lagi, pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini akan memberi impak positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan.

“Destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan misalnya, kini, boleh diakses dengan lebih mudah oleh pengunjung.

“Ini akan dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu serta mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan tempatan,” katanya.

Selain itu, katanya Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga bakal mendapat manfaat daripada pembukaan lebuh raya ini, sekaligus merancakkan pertumbuhan sosio ekonomi kepada komuniti setempat.

“Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna,” katanya.

Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka sebelum ini pada 2019, melibatkan tiga seksyen di Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas).

Manakala satu seksyen di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan – Bandar Bukit Raja Utara). – MalaysiaGazette

Exit mobile version