SelangorToday

LOGIKNYA, JIKA TENGKU ZAFRUL MASUK PKR, DIA AKAN BERTANDING KERUSI PKR – MP SHAH ALAM

“Secara logiknya, jika Tengku Zafrul masuk PKR sebagaimana yang diberitakan, maka kerusi PKR yang harus diberikan untuk diisi oleh Tengku Zafrul.” begitulah maklum balas Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof terhadap soalan berkumungkinan Tengku Zafrul akan bertanding di Parlimen Kota Raja jika menyertai Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Memetik maklum balasnya dari portal Free MalaysaToday, Hj Azli berkata bagaimana AMANAH ingin memberikan kerusi Kota Raja itu kepada Tengku Zafrul sedangkan Menteri Pelaburan, Perdangan dan Industri itu tidak menyertai AMANAH.

Minggu ini ura-ura kemasukan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu ke dalam PKR menjadi hangat. Tambahan lagi, maklum balas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menyatakan adanya perbincangan awal untuk Tengku Zafrul menyertai PKR.

Dipercayai pergerakan politik yang sedang berlaku terhadap bekas Menteri Kewangan itu bagi membolehkan beliau terus dilantik ke kabinet Anwar Ibrahim memandangkan tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara akan tamat menjelang Disember 2025.

Sebelum itu, dalam mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul menuntut sama ada kerusi Parlimen yang kini disandang oleh Presiden AMANAH, Mohamad bin Sabu, atau tiga kerusi DUN dibawanya iaitu Sentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning kepada UMNO.  –SelangorToday

Exit mobile version