SelangorToday

LOKE HARAP WAN FAYSHAL TIDAK ‘SPIN’ LAGI ISU PENJUALAN KEPENTINGAN MAHB

Dewan Rakyat – Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berharap, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal tidak memainkan semula isu penjualan kepentingan MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP). Jelas Loke lagi, kenyataan tersebut merupaka satu andaian daripada Ketua Pemuda PBBM, sedangkan tiada sebarang pengumuman yang dikeluarkan sama ada dari pihak Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mahupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum itu, Wan Ahmad Fayshal bangun mencelah penggulungan Loke yang mewakili Kementerian Pengangkutan usul menjunjung kasih Titah Diraja sempena pembukaan Parlimen bagi tahun ini. Wan Ahmad Fayshal bertanya mengenai pendirian Khazanah, KWSP yang ingin menjual sebahagian pegangan kepada syarikat GIP. Pada minggu lalu, sebuah portal yang memetik sumber melaporkan Khazanah, KWSP dan GIP yang beribu pejabat di New York dipercayai berhasrat membentuk konsortium bagi memiliki kepentingan dalam MAHB. Kini Khazanah menguasai 32.6 peratus kepentingan dalam MAHB manakala KWSP menguasai 7.06 peratus kepentingan dalam pengenali lapangan terbang itu.

Menurut Loke lagi, pihaknya tidak boleh campur tangan daripada segi struktur ekuiti MAHB dan ia terpulang kepada Khazanah. Setiausaha Agung DAP itu yakin dengan pengalaman dan profesionalisme Khazanah untuk membuat penilaian melibatkan perjanjian strategik. – SelangorToday

Exit mobile version