SelangorToday

MAFS KOMITED WUJUDKAN DATA RAYA BEKALAN SAYUR BERMULA TAHUN INI – MOHAMAD SABU

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sedang berusaha mewujudkan satu sistem data raya bekalan sayur yang akan dapat memberikan maklumat mengenai situasai bekalan komoditi itu dalam negara pada masa sebenar dengan lebih tepat, kata menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh tepat bila sistem itu akan siap untuk dilaksanakan sepenuhnya, namun memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha gigih, cuba membangunkannya dalam tahun ini.

“Di negara China sistem data raya ini cukup memberi kesan (positif) dan kebaikan kepada masyarakat (di sana). Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan sebagainya (pihak lain) sedang berusaha menaik taraf sistem data raya ini katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Raja di Dewan MBSA Kota Kemuning, di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi sistem itu, pihaknya boleh mengetahui jenis tanaman sayuran yang perlu ditanam pada tempoh tertentu bagi mengelak kes lambakan sayur-sayuran sehingga menyebabkan harganya menurun.

Exit mobile version