SelangorToday

MAHA EDISI KE-100 BERMULA BESOK, MAT SABU SERU RAKYAT MALAYSIA DATANG BERAMAI-RAMAI

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang memasuki edisi ke-100 tahun ini akan berlangsung Rabu, 11 September hingga 22 September ini.

Pameran yang diadakan setiap tahun melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia itu bakal mencatat sejarah tersendiri  tahun ini apabila menjadi satu-satunya pameran pertanian terulung dan tertua di Asia Tenggara yang sudah melangkaui satu abad.

Menterinya, Mohamad bin Sabu dalam sidang medianya selepas membawa agensi media dalam dan luar negara melihat sendiri tarikan dan keunikan MAHA 2024 ini berkata, rakyat Malaysia diseru untuk menghadirkan diri dalam acara pameran pertanian terbesar ini bagi melihat sendiri perkembangan sektor pertanian dan industri makanan yang telah mula berubah ke arah berteknologi tinggi.

Tambah Presiden Parti AMANAH itu, kemudahan pengangkutan awam juga telah disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi memudahkan urusan pengunjung untuk hadir ke acara MAHA 2024.

Mohamad yakin pengunjung akan merasa kelainan yang bakal ditampilkan dalam acara MAHA kali ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan kerajaan MADANI mengangkat sektor pertanian dan industri makanan setaraf dengan sektor ekonomi yang lain. – SelangorToday

Exit mobile version