Pengerusi Amanah negeri Selangor YB IR Izham Hashim malam tadi telah menyampaikan sumbangan kepada ahli parti Amanah yang menjadi mangsa banjir. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan Kemanusian Dan Bencana Alam Amanah Selangor (BKKBA).
Pemberian sumbangan kewangan dan periuk nasi seramai 87 orang ahli AMANAH yang terdiri daripada Amanah kawasan Kota Raja, Amanah Kawasan Puchong dan Amanah kawasan Kapar.
“Sumbangan kepada mangsa banjir akan diteruskan dan selepas ini kita akan memberi bantuan beg sekolah percuma sempena program back to school. Program back to school ini juga bukan hanya kepada mangsa banjir tetapi kepada golongan B40 termasuk kawasan Dun saya PANDAN” menurut Pengerusi Amanah Negeri Selangor selaku Exco kerajaan Negeri Selangor.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Biro Kebajikan Kemanusian Dan Bencana Alam Amanah Selangor (BKKBA) kerana bertungkus lumus turun ke bawah membantu mangsa banjir sedangkan mereka sendiri juga antara yang menjadi mangsa banjir pada waktu yang sama” tambahnya lagi ketika menyampaikan sumbangan pada malam tadi.