Site icon SelangorToday

MALAYSIA MADANI : IBU BAPA ADA ANAK OKU PEMBELAJARAN LAYAK TUNTUT PELEPASAN CUKAI

Ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) pembelajaran layak menuntut pelbagai pelepasan cukai sehingga RM16,000.

Timbalan menteri kewangan berkata ia meliputi perbelanjaan membeli peralatan sokongan asas sehingga RM6,000 dengan syarat anak tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, Steven Sim Chee Keong memaklumkan pelepasan cukai anak sebanyak RM6,000 dan cukai pendapatan sehingga RM4,000 turut diberikan.

“Secara kesimpulannya kalau kita tambahkan segala pelepasan, maka ibu bapa untuk anak OKU termasuk anak OKU pembelajaran layak menuntut sebanyak RM16,000,” katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu beliau menjelaskan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 adalah dasar baharu diperkenalkan kerajaan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan terbabit.

“Kalau nak kata tidak prihatin, (kerajaan) dulu tak pernah buat…sekarang telah dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan.

“Mungkin angka ini masih belum memadai, kita akan berusaha mengambil semua cadangan untuk menambah (jumlah pelepasan) pada masa hadapan,” katanya.

Exit mobile version