Lontaran gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bukan sekadar menggantikan gagasan lama yang diperkenalkan oleh pimpinan terdahulu, sebaliknya gagasan ini diperkenalkan demi membentuk semual masyarakat yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi. Timbalanb Ketia Angkatan Muda KEADILAN(AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Munim berkata, dalam kekalutan masyarakat menempuhi pelbagai cabaran seperti kenaikan kos sara hidup dan peluang pekerjaamn, muncul orang –orang politik yang menyalakan permusuhan kaum dan agama. Kesannya, Kamil melihat generasi muda yang pemikirannya masih galau terperangkap dan terpukau dengan permainan kaum dan agama yang sempit ini.
Maka MADANI itu hadir bagi mengisi kelompongan yang ditinggalkan seterusnya menolak sebarang fahaman sempit dalam pemikiran masyarakat khususnya golongan anak muda. Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan itu menegaskan bahawa betapa pentingnya pimpinan negara memulih dan meletakkan semula kerangka asas negara ini ditempatnya dengan menekankan soal nilai agar kesepaduan sosial yang dibentuk sejuk merdeka tidak diganggu-gugat. Memetik gagasan Pengerusi HARAPAN itu, Kamil berkata dalam buku tulisan Anwar Ibrahim bertajuk ‘Gelombang Kebangkitan Asia’ ada ditekankan konsep ‘kewujudan bersama’. Malah kedatangan Syeikh Ali Juma’ah di Malaysia turut menerangkan konsep ‘Lita’arufu’ sebagai satu nilai yang perlu diamati oleh golongan belia agar sentiasa menjaga keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
Berucapa ketika membahaskan ucapan dasar Presiden KEADILAN di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 di Putrajaya, Kamil berkata konsep kebersamaan yang menekankan soal keharmonian kaum terbukti berjaya mewujudkan negara yang maju seperti Kerajaan Andalus di Sepanyol. Kamil juga menambah, kewibawaan Nabi Muhammad SAW ketika sampai ke Kota Yathrib memperkenalkan prinsip-prinsip universal, seperti sampaikan salam. Prinsip ini termaktub dalam teras kedua Malaysia MADANI iaitu ‘Kesejahteraan’. – SelangorToday