SelangorToday

MALAYSIA SEDIA KONGSI PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI BIDANG AKUAKULTUR KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Perkembangan Industri Akuaklutur yang berkembang pesat di Malaysia mendorong Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu untuk menyatakan komitmen dan kesediaan Malaysia berkongsi pengetahuan dan teknologi bidang akuakultur di peringkat antarabangsa. Beliau menyatakan komitmen tersebut ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Ketua Pengarah ‘Food and Agriculture Organization’(FAO), Qu Dongyu. Pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama Mohamad dalam Mesyuarat Regional Conference for Asia and the Pacific(APRC) FAO di Sri Langka.

Mesyuarat yang dilangsungkan untuk edisi ke 37 itu akan memperlihatkan kesediaan dan komitmen Malaysia melalui Kenyataan Negara yang bakal disampaikan oleh Presiden AMANAH itu esok. Sebelum itu Mohamad mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Republik Islam Iran, Mohamad Ali Nikbakht di Tehran. Pertemuan tersebut menumpukan kerjasama untuk mengembangkan bidang penyelidikan pertanian dan perkongsian teknologi serta genetik padi dan baka ayam Arian. Jelas Mohamad kerjasama ini selari dengan teras strategik kelima PINTAR iaitu strategi kolaborasi.

Tambah Timbalan Pengerusi HARAPAN itu, pertemuan bersama Qu Dongyu itu turut dimaklumkan aspirasi beliau pada tahun 2024 yang dirangkum melalui Majlis Amanat 2024 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Tegas Mohamad lagi, kolaborasi di peringkat antarabangsa merupakan strategi penting yang perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan sektor pertanian Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi. – SelangorToday

Exit mobile version