Banjir besar yang melanda Negeri Selangor tahun lalu telah memberi kesan kepada rakyat di Negeri Selangor. Pastinya rakyat memerlukan kewangan yang besar untuk memulihkan keadaan rumah yang terjejas, menyediakan keperluan rumah yang rosak akibat banjir serta membelikan pakaian yang sudah tidak boleh digunakan.
Memandangkan kerajaan persekutuan tidak membenarkan pengeluaran I-Citra dari KWSP, maka kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan kepada rakyat yang terjejas banjir sebanyak RM1000 keluarga. Bantuan yang bernama Bantuan Bangkit Selangor itu sudah mula turun kepada penerima mangsa banjir.
Di Mukim Kajang, Majlis Penyerahan Bantuan Bangkit Selangor telah diadakan di Dewan Orang ramai Taman Mesra, Kajang. Penyerahan bantuan tersebut melibatkan 659 orang penerima mangsa banjir sekitar kajang, Selangor.
Majlis Penyerahan itu telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Mazwan bin Johar Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal, Yang Berhormat Wong Siew Ki Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong dan Ybrs. Dr. Ani binti Ahmad, Pegawai Daerah Hulu Langat.