

Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk yang dicipta. Manusia berbeza dengan makhluk yang disebut sebagai haiwan sekalipun manusia juga tergolong dalam kalangan makhluk tersebut.
Cuma disebut dengan cara yang berbeza sebagai haiwan al-Natiq (haiwan yang boleh berfikir). Namun, apabila manusia tidak meletakkan dirinya sebagai seorang manusia yang mempunyai nilai keinsanan yang unggul dan terpuji, tidak menggunakan daya fikir yang diberikan dengan sebaik mungkin dan sempurna, tidak memiliki adab tinggi dan unggul dengan pencipta, sesama insan dan makhluk lain; dalam aspek percakapan, perbuatan dan cetusan hati, sudah pasti ia bukan lagi makhluk yang terbaik dicipta Allah SWT, malah mereka akan dikategorikan sebagai makhluk yang paling hina dan lebih hina daripada haiwan.
Kerana itu, jadilah makhluk yang dicipta Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian mengikut apa yang telah ditentukan oleh Penciptanya.
Nukilan,
YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom