SelangorToday

MARIAM ABD RASHID, CALON HARAPAN DUN MERU TEKAD ATASI MASALAH SAMPAH SESEGERA MUNGKIN

Calon baharu HARAPAN DUN Meru, Mariam Abdul Rashid pula akan memberi tumpuan kepada isu kutipan sampah selain kebajikan penduduk jika menang dalam PRN.

“Saya juga akan menggunakan pengalaman selama 10 tahun di Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) sebagai Ahli Majlis untuk mengusahakan berkaitan infrastruktur kemudahan awam di seluruh kawasan DUN Meru,” katanya.

Mariam berdepan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) iaitu M Sivaranjani Hasnizam Adham dari Perikatan Nasional. Hari mengundi pilihan raya negeri ditetapkan 12 Ogos ini.

Exit mobile version