SelangorToday

MARIAM ABD RASHID LANCAR MANIFESTO MAJUKAN KAWASAN MERU, TUMPU KEBAJIKAN B40

Calon Meru Mariam Abdul Rashid melancarkan manifesto ’10 Tekad Meru’ untuk memajukan kawasan itu dalam tempoh lima tahun jika diberi peluang menjadi wakil rakyat.

Menerusi Facebook, beliau memaklumkan tawaran itu meliputi pembangunan infrastruktur, kebajikan dan ekonomi kumpulan berpendapatan rendah (B40), anak muda, wanita serta usahawan.

Berikut perkara yang digariskan:

Sementara itu, berucap dalam ceramah malam tadi, Mariam mahu warga Meru menyumbang kemenangan buat Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor selaras peringkat persekutuan.

Beliau menjelaskan ia bagi memudahkan lagi urusan penyaluran dana untuk menangani masalah rakyat khususnya banjir kilat, yang juga agenda utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“Perlu ada penyelarasan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Kalau berbeza, peruntukan itu mungkin lambat turun,” katanya yang bersaing tiga penjuru dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Exit mobile version