SelangorToday

MARIAM ABD RASHID ‘NEW IRON LADY’ DI MERU

Naib Pengerusi AMANAH Selangor, Mariam Abdul Rashid meraikan kemenangan mutlaknya di kerusi N42 Meru dengan jumlah undi 26,980 Mariam yang merupakan salah seorang calon wanita daripada AMANAH yang dipertaruhkan oleh pimpinan dalam PRN Selangor kali ini meninggalkan pesaing mereka Hasnizam Adham(23,558) dan Sivaranjani (899) dengan majoriti 3,422 undi.

Meskipun penggal lalu, kerusi Meru yang mulanya milik AMANAH beralih kepada KEADILAN apabila ADNnya berpindah ke KEADILAN, namun kerusi itu tetap diperuntukkan kepada AMANAH. Maka khidmat bakti Mariam di Meru telah pun bermula lebih awal dengan mengenal pasti pelbagai isu dan masalah yang masih belum diselesaikan di Meru. Pesaing beliau yang bukan dari kalangan tokoh politik ternama memudahkan jalan beliau memperoleh kemenangan awal di Meru berbanding calon-calon dikawasan lain.

Langkah seterusnya adalah untuk memastikan segala tekad dan amanat yang dijanjikan oleh Mariam Abd Rashid selaku ADN Meru perlu dijalankan dengan penuh wibawa dan saksama. Berlatar belakangkan pendidikan agama, Mariam dilihat sebagai figura yang akan dikedepankan oleh AMANAH untuk menyaingi tokoh Muslimat PAS khususnya. – Selangor Today

Exit mobile version