
Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mariam Abdul Rashid dan pasukan Pusat Khidmatnya menyeru warga emas dan individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) untuk tidak melepaskan peluang menuntut baucar bantuan bernilai RM150.
Menurut Naib Pengerusi AMANAH Selangor itu baucar ini boleh dituntut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru mulai 1 April hingga 30 Jun 2025, khusus untuk penerima kelahiran bulan April hingga Jun yang telah berdaftar dan diluluskan pada tahun 2024 atau sebelumnya.
“Inisiatif ini merupakan satu bentuk penghargaan dan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan golongan warga emas dan insan istimewa. Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga membuktikan bahawa tiada golongan yang dipinggirkan,” katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa tuntutan hanya terbuka kepada ahli sedia ada, manakala pendaftaran baharu ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada proses penambahbaikan program.
Mariam juga mengingatkan penerima supaya menggunakan baucar dalam tempoh 90 hari selepas diterima bagi mengelakkan pembatalan secara automatik.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
Ada borang khusus ke utk di isi
Sebab saya sudah mencapai usia 60 tahun pada 2.1.2025
2.1.2026 genap usia 60 tahun
Saya pergi ke PKM tapi diberitahu yang sumbangan voucher utk warga emas di tutup sementara… Sedih jugak rasa hati… Sampai bila skim ini akan dibuka semula dan selama berapa bulan skin ini akan ditutup