Sejurus lahirnya sebuah pentadbiran yang menekankan soal tatakelola dan pembangunan seimbang di Malaysia, tumpuan masyarakat tertumpu kepada aspek yang tidak pernah diberikan perhatian umum sebelum ini.
Baik yang berwarna putih mahupun yang berwarna hitam, satu demi satu kerajaan yang dinamakan sebagai Kerajaan MADANI mula merungkai masalah tersebut. Dalam MADANI wujudnya enam teras yang menjadi tonggak utama negara termasuk ‘I’ yang merujuk kepada Ihsan. Nilai yang bererti kasih sayang dan sikap prihatin itu menjadi panduan kepada Kerajaan melihat pelbagai aspek minoriti yang belum berjaya diselesaikan pemerintahan sebelum ini.
Ini termasuklah kelompok anak-anak Malaysia yang dikategorikan sebagai anak Istimewa. Baru-baru ini Ahli Parlimen Shah Alam telah mengunjungi Nadi Intelek sebuah pusat intervensi awal dan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Hj Azli telah merasmikan Majlis Sukan Tahunan pusat tersebut.
Selaku Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional, Hj Azli melihat penting dan bermanfaatnya peranan yang dimainkan oleh pusat intervensi dan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia buat anak-anak autisme dan down syndrome. Hal ini demikian kerana, anak-anak berkeperluan khas ini semestinya memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih banyak berbanding anak-anak kebanyakkan yang lain. Kewujudan pusat ini bukan sahaja mampu meringankan beban kepada penjaga malah lebih utama ia menyediakan ruang yang kondusif kepada anak-anak autisme dan down syndrome turun berhadapan dengan masyarakat.
Melalui kesimpulan data yang dimuat naik oleh Hj Azli di laman sosial beliau, dianggarkan 1 dari setiap 100 kelahiran di Malaysia berkemungkinan melibatkan anak autisme. Manakala down syndrome berlaku pada setiap 1 dari 700 kelahiran. Data yang ditunjukkan ini membuktikan bahawa anak autisme dan down syndrome merupakan sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Oleh itu wajarnya kerajaan melihat keperluan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang wujud bagi memastikan masa depan anak-anak ini terus terbela.
Bermula dengan pendidikan kepada ibubapa atau penjaga untuk berhadapan dengan anak-anak yang dikategorikan sebagai autisme dan down syndrome, ia menjadi titik tolak kepada kesungguhan kerajaan dalam menyantuni semua kelompok termasuk minoriti. Pendedahan kepada ibubapa dan penjaga ini akan mengurangka risiko pengabaian anak-anak istimewa ini. Dalam masa yang sama, pengukuhan psikologi ibubapa dan penjaga turut diperluaskan di negara ini.
Cabaran dan turun naik menjaga anak-anak khususnya yang istimewa memerlukan perhatian dan sokongan pusat-pusat intervensi agar aspek penjagaan kepada anak-anak istimewa amatlah perlu.
Disamping itu, pusat intervensi yang boleh diperbanyakkan melalui sektor kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) akan menyediakan bimbingan kepada anak-anak istimewa ini mengikut tahap perkembangan mereka. Fasa ini amat penting kerana pengukuhan kepada anak-anak ini melalui bimbingan yang diberikan membantu melancarkan tahap perkembangan mereka.
Pusat intervensi ini juga perlu menyediakan terapi pertuturan, terapi pekerjaan, kaunseling, pendidikan khas dan terapi tingkah laku yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Melalui tenaga pembimbing dan juruterapi yang profesional, mereka mampu membantu anak-anak istimewa ini menerima proses intervensi yang secukupnya.
Maka seharusnya pusat intervensi ini perlu diperluaskan merangkumi ke semua negeri dan pelbagai demografi. Kerajaan juga yang meletakkan Ihsan sebagai teras pemerintahan mesti melihat aspek ini sama pentingnya dengan proses pembangunan negara.
Sebagai makluman, autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat yang biasanya muncul pada awal usia kanak-kanak dan mempengaruhi kemahiran sosial, komunikasi, hubungan dan pengaturan diri seseorang. Manakala down syndrome pula, ialah gangguan genetik yang disebabkan oleh kehadiran semua atau sebahagian salinan ketiga kromosom 21. Ia biasanya dikaitkan dengan kelewatan pertumbuhan fizikal, ketakupayaan intelektual ringan hingga sederhana, dan ciri-ciri wajah. Rata-rata IQ orang dewasa muda dengan sindrom Down adalah 50, bersamaan dengan kemampuan mental seorang kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun, tetapi ini boleh berbeza-beza.
Justeru pendefinisian ini telah melorongkan peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan MADANI dalam memperkasakan sistem sokongan khususnya berbentuk pusat intervensi bagi membolehkan sebarang proses intervensi mampu dijalankan kepada ke semua anak-anak yang istimewa ini di Malaysia.
Walau bagaimanapun, peranan yang perlu dimainkan oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO ini amat penting untuk membolehkan anak-anak istimewa ini masuk ke dalam masyarakat dan mampu menjalani hidup kendiri. Persediaan ini perlu diutamakan kerana melihat akan masalah penjagaan sering menjadi masalah utama anak istimewa sehingga aspek perkembangan gagal dilaksanakan dengan baik. Kesannya mereka makin terpinggir dan terasing dalam masyarakat.
Akhirnya, saranan yang dikemukakan oleh Hj Azli yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu wajar diberikan perhatian malah perlu direalisasikan sehabis baik agar semua kelompok di negara ini disantuni secara inklusif dan penuh ihsan. Ia juga seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah Ayat 2:
“Saling Menolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan taqwa. Dan jangan saling menolong pada perbuatan yang dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah SWT. Sebenarnya siksaan Allh SWT sangatlah pedih.”
Oleh Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional