SelangorToday

PRN JOHOR | MAT SABU PELIK, PENCURI DUIT RAKYAT DIRAI BAGAI HERO DI JOHOR?

Ahli Parlimen Kota Raja, Yang Berhormat Mohamad Sabu berasa hairan apabila pencuri yang telah dibuktikan bersalah dan dijatuhkan hukuman bertindak seolah-olah sebagai hero di mata rakyat Johor. Meskipun hari demi hari pembongkaran kisah kecurangan duit rakyat tersebar kepada umum, yang bersalah tetap mahu menipu rakyat Johor dengan mendakwa merekalah hero yang menjaga harta negara. Sedangkan rakyat menyedari bahawa pemimpin tersebutlah yang telah menggunakan duit rakyat sehingga tersungkur jatuh dalam PRU 2018.

Presiden AMANAH itu berasa malu apabila wanita Malaysia menjadi terkenal di peringkat dunia apabila terlibat dalam skandal 1MDB seperti yang dibongkar di mahkamah luar negara. Ertinya kes 1MDB ini merupakan skandal terbesar di dunia. Namun, kita Johor meraikan ahli politik yang terlibat dengan skandal tersebut sebagai hero.

Mohamad yang juga Mantan Menteri Pertahanan mahu rakyat Johor beringat dan tidak tertipu dengan mainan politik UMNO-BN di Johor. Peluang menaikkan UMNO-BN hanya akan membebaskan mereka yang mencuri duit rakyat dan berkuasa semula.

Exit mobile version