SelangorToday

MAZWAN JOHAR SELAMI KELUHAN RAKYAT SUNGAI RAMAL MELALUI ‘ZIARAH SALAM JUMAAT’

Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal,Hj Mazwan Johar akan mengadakan kunjungan mahupun ziarah kepada rakyatnya yang sedang ditimpa kesusahan setiap hari Jumaat di bulan Ramadan ini. Pada 8 April yang lalu, Hj Mazwan diiringi Pegawai IPR Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal, Encik Sofri berkesempatan menziarahi satu pasangan warga emas di Taman Ramal Indah.  Sesi ziarah ini adalah hasil daripada pengkhabaran daripada anaknya yang kini menjaga kedua ibu bapanya secara sepenuh masa. Norasimah, kini terpaksa membuat keputusan berhenti kerja demi menjaga kesihatan kedua ibu bapanya.

Ibu Norasimah, 76 tahun kini mengalami beberapa penyakit yang berkategori di bawah penyakit tidak berjangkit. Ibunya kini menghidapi masalah jantung, kencing manis, darah tinggi, masalah mata dan masalah buah pinggang. Ayah Norasimah, 77 tahun kini menghidapi penyakit darah tinggi. Kesan daripada penyakit yang dialami, pendengaran ayah Norasimah kurang berfungsi dengan baik dan menyebabkan sukar untuk berkomunikasi.

Selesai menziarahi pasangan warga emas ini, Bendahari AMANAH Selangor itu menghulurkan sumbangan tunai sejumlah RM 300.00 kepada kedua pasangan ini. Didoakan agar kesihatan kedua ibu bapa Norasimah kembali sihat seperti sediakala. Seterusnya Hj Mazwan  bersama pasukannya berkesempatan menziarahi satu keluarga di Taman Sri Kenari, Sungai Ramal Luar. En. Ariff kini, merupakan seorang bapa dan ibu kepada 8 orang anaknya. 4 orang diantaranya masih kecil dan bersekolah rendah manakala 3 orang lagi baru sahaja menamatkan alam persekolahan dan IPT.

Keluarga Encik Ariff baru sahaja kehilangan seorang isteri dan ibu pada anak-anaknya pada bulan Mac lepas. Pemergian arwah isterinya, Noor Azizah 49 tahun adalah disebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang arwah. Selesai menziarahi keluarga ini, Hj Mazwan menghulurkan sumbangan tunai sejumlah RM 500.00 kepada En. Ariff.

Exit mobile version