SelangorToday

MAZWAN JOHAR TERUS KOMITED BANTU PENDUDUK SUNGAI RAMAL

Penyandang kerusi Sungai Ramal, Kajang tetap aktif turun padang meninjau serta menyelesaikan isu rakyat meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Mazwan Johar berkata tumpuan diberikan kepada masalah yang memerlukan penyelesaian segera seperti tangki air pecah di Pangsapuri Tropika, Sungai Tangkas.

“Saya bergegas hadir ke Pangsapuri Tropika, Sungai Tangkas selepas badan pengurusan bersama (JMB) menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan.

“Ia susulan kejadian tangki air di Blok B Pangsapuri Tropika pecah dan mengakibatkan limpahan air sehingga merosakkan barangan di beberapa rumah di tingkat empat bangunan.

“Tindakan susulan telah pun diambil untuk mendapatkan perhatian daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberikan bantuan kepada pihak JMB pangsapuri dan mangsa yang terlibat,” katanya di Facebook.

Beliau berkata sumbangan wang tunai turut diberikan kepada mangsa terjejas bagi menampung kerugian yang dialami.

Exit mobile version