Amirudin Shari sempat ke pusat agihan barangan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) sekitar 4.30 pagi bagi memastikan bekalan ayam tidak menjejaskan pembeli.
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Gombak itu ke sebuah pusat pengagihan ayam dan telur di Sri Ternak, di sini berikutan ada masalah berlaku pada bekalan ayam kerana ia dikhuatiri kurang segar.
“Saya minta henti dulu semalam. Sebab ayam tidak segar, nanti busuk. Saya tengok ada sedikit masalah. Saya turun sendiri pukul 4.30 pagi, sebab hendak tahu masalah selesai atau tidak?
“Tapi saya hendak beritahu Kerajaan Selangor sampai ke tahap itu (untuk bela rakyat) walaupun isu bahan makanan bukan tanggungjawab kita pun. Tetapi kita buat untuk pastikan jaminan bekalan,” katanya.
Beliau yang juga Dato Menteri Besar ketika mengadakan ceramah kelompok di Taman Keramat di sini menjelaskan isu barangan termasuk bekalan ayam danAmirudin mengumumkan jualan murah melalui JER kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dijadual tamat pada Disember dilanjut hingga Mac tahun depan.
Menerusi program tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).
PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).
Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini.