KANGAR: Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli dilaporkan mengalami sakit dada sejurus kembali daripada urusan luar negara.
Menurut kenyataan media Pejabat Menteri Besar Perlis, beliau telah segera dikejarkan ke sebuah hospital di Ibu Negara bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Setakat ini, keadaan Menteri Besar Perlis dilaporkan stabil.
Pejabat Menteri Besar turut memohon semua rakyat Perlis agar mendoakan kesejahteraan beliau serta agar dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Perlis.

