
Dato Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof telah mengiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turun ke bazar ramadan Seksyen 2, Shah Alam khamis lalu. Aktiviti turun padang itu yang berjalan selama setengah jam sempena Program Ihya Ramadan Jabatan Perdana Menteri ke negeri-negeri.

Tiba giliran di Negeri Selangor, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan meninjau keadaan bazar dan harga jualan makanan yang terdapat di bazar. Dalam pertemuan bersama kerajaan negeri Selangor serta Majlis berbuka puasa Negeri Selangor , Anwar memberi teguran
kepada sesetengah pemimpin dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas apabila terlalu banyak mempertikai atau membantah sehingga sesuatu rancangan tidak berhasil.

“Kalau kita hendak selamatkan bangsa dan negara, kita mesti berani ambil tindakan walaupun tidak disenangi oleh semua pihak.
“Kalau hendak dengar celoteh mereka, sampai bila tak boleh jadi kerja. Semua dibuat tak betul. Suruh dia buat, dia tak buat. Bagi peluang mereka memerintah, langsung tak buat,” katanya.
Sementara itu, Hj Azli Yusof selaku ahli parlimen telah menyertai sesi serahan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri peringkat DUN Batu Tiga hari ini. Dalam ucapannya, Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu memaklumkan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan MADANI termasuk Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, Bantuan Awal Persekolahan dan pelbagai lagi bantuan dalam bentuk geran komuniti.

Majlis serahan baucar melibatkan 450 penerima itu disertai oleh ADN Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun dan Firdaus Mokhtar, Ahli Majlis MBSA. –SelangorToday