SelangorToday

MB SELANGOR ZIARAH KELUARGA PEGAWAI TERKORBAN KETIKA PEMULIHAN PASCA BANJIR

Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato Seri Amiruddin Shari telah menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ikram bin Bakri yang terkorban semasa membantu membersihkan rumah banjir di Kampung Bukit Lanchong. Allahyarham merupakan Pegawai Kesihatan Majlis Bandaraya Subang Jaya bertugas membantu mangsa banjir tahun lalu.

Beliau turut hadir memberikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham. Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua itu, kerajaan negeri akan sentiasa bersedia membantu kebajikan waris dan keluarga jika berada dalam kesusahan pada bila-bila masa. Beliau mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dimaklumkan bahawa ramai petugas yang turut ditimpa musibah ketika membantu mangsa banjir tahun lalu. Ada yang tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka sendiri dan ada yang tidak berjumpa ahli keluarga mereka dalam tempoh yang lama kerana mengutamakan tugas mereka sendiri. kata beliau, kerajaan negeri amat menghargai pengorbanan mereka yang bertugas ketika banjir dan pasca banjir.

Exit mobile version