SelangorToday

MB UMUM MAHASISWA SELANGOR TERJEJAS BAH TERIMA BANTUAN RM500

Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan khas bencana berjumlah RM500 kepada setiap mahasiswa negeri itu yang terjejas akibat bah baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu mula diagihkan kepada setiap mahasiswa muai Februari depan.

“Seramai 50 ke 60 pelajar, bukan kediaman…semuanya Kerajaan Negeri beri sumbangan RM500. Ini untuk ringankan beban, bantu ganti alat kenderaan dan rumah disebabkan banjir.

“Bantuan ini kita jangka disalurkan kepada semua mangsa pada Februari nanti,” katanya pada sesi ramah mesra bersama mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan di Kopitiam Kita di sini hari ini.

Terdahulu, Amirudin diiringi EXCO Belia Mohd Najwan Halimi meluangkan masa hampir dua jam bersarapan pagi bersama 30 mahasiswa Selangor.

Amirudin turut memberitahu pentadbiran negeri berhasrat melaksana program latihan industri membabitkan pelbagai organisasi termasuk syarikat induk dan anak syarikat.

“Kita ada tiga syarikat induk dan 36 anak syarikat lagi 10 pejabat EXCO beserta speaker dan timbalannya. Kita mempunyai banyak tempat untuk latihan industri yang dapat beri pengalaman pada mahasiswa dalam negeri termasuk luar negara.

“Buat masa ini, kita sedang menyusun program ini dan jangka laksana tahun depan. Semoga dengan pelaksanaannya dapat membuka ruang kerjaya kepada mereka pada masa depan,” katanya. – SelangorKini

Exit mobile version