SelangorToday

MEJA PENGARANG | ANTARA AZMIN DAN MEGAT, PAS GOMBAK PILIH SIAPA?

  1. Hari Raya kali ini menjadi medan hebat kepada tokoh-tokoh politik, memandangkan raya kali ini dijangka raya terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15. Menarik di Gombak, persaingan parti-parti dalam satu kerajaan turut bersaing sesama sendiri bagi menempatkan diri mereka sebagai calon idaman pengundi melayu.
  1. Semalam Menteri Kanan Perdagangan, Azmin Ali mengadakan jamuan hari rayanya buat penduduk di Parlimen Gombak. Dalam masa yang sama, Azmin sempat membidas pemimpin lagenda DAP, Lim Kit Siang sebagai satu ‘stunt’ beliau masih wujud di Gombak dan berdaya untuk meneruskan karier politiknya.
  1. UMNO juga tidak kurang hebatnya apabila mengorak langkah lebih kerap turun padang bertemu penduduk atas kapasiti apa pun yang penting imej UMNO terserlah di Gombak. Kelebihan UMNO di gombak adalah semua persatuan penduduk hampir dikuasai oleh pimpinan UMNO dengan harapan mereka akan berjaya menggembleng sokongan di Gombak.
  1. PAS pula dilihat bernafsu kecil dengan tidak meletakkan figura mereka sebagai calon parlimen Gombak berbanding UMNO – Megat Zulkarnain dan PBBM – Azmin Ali. Cukup sekadar PAS mahu masuk bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.
  1. Namun, dalam keributan antara saingan parti-parti dalam kerajaan Keluarga Malaysia, yang kekal tersepit adalah PAS. Memandangkan PAS merupakan penghubung kasih sayang antara UMNO dan PBBM di peringkat pusat. Tetapi PAS akan memilih siapa jika UMNO dan PBBM meletakkan calon masing-masing di Parlimen Gombak?
  1. Siapa yang lebih melayu antara melayu-melayu yang ada dalam UMNO dan PBBM untuk menambat sokongan PAS serta ahlinya di Gombak?  PAS sebuah parti yang wala’  kepada pimpinan mereka, siapa yang diputuskan oleh pimpinan mereka untuk disokong, maka ahli akan menyokongnya. Maka pasti dilema ini berada dipundak pimpinan khususnya Ustaz Salehuddin Nasir selaku YDP PAS Gombak.
  1. Di peringkat Negeri Selangor, Noh Omar cuba mempertahankan Muafakat Nasional sebagai startegik memasuki PRU ke-15 sedang sebelum ini UMNO hilang arah dan taktikal untuk menawan Selangor daripada dikuasai oleh Pakatan Harapan lebih 14 tahun. Namun setelah Presiden UMNO, Dr. Ahmad Zahid mengatakan bahawa MN sedang nyawa-nyawa ikan, maka Noh Omar akur jika MKT UMNO tidak mahu MN di Selangor.
  1. Cuma hari ini, Setiausaha Agung PAS menegaskan MN masih wujud dan tiada istilah nyawa-nyawa ikan . bermakna pucuk pimpinan PAS masih menaruh harapan bahawa MN perlu diteruskan memasuki gelanggang PRU ke-15. Yang jadi masalah bahawa kekasih PAS iaitu PBBM menyebabkan UMNO tidak mahu bersama PAS lagi.
  1. Jujurnya, di Selangor, PAS lebih selesa bergerak solo atau pun melalui MN. PAS seolah-olah cuba menjauhi PBBM di Selangor yang boleh dilihat melalui bahan publisiti mereka. Berbeza disempadan Selangor, iaitu KL, PAS sedaya upaya menggunakan imej PN sebagai jenama mereka memandangkan PAS sukar menembusi kerusi bandar seperti KL.
  1. Ir. Izham Hashim pula menempelak politik melayu yang dibawa oleh PAS dan UMNO sedang mereka menyeru melayu bersatu di Selangor melalui MN tetapi bergaduh sesama sendiri di negeri lain.
  1. Inilah dilema yang PAS terpaksa pikul antara Megat dan Azmin siapa yang mereka perlu pilih? Manakala kelakuan PAS dan UMNO menunggang agenda melayu juga terlondeh sejak PBBM mengkhianati PH.
Oleh, Cikgu Syazmir HN
Ketua Editor Selangor Today

Exit mobile version