Penulis melihat, PN setelah mereka menjadi blok yang terkapai-kapai antara mereka kerajaan atau pembangkang cuba mengambil tempat dalam pertarungan antara BN dan PH menuju PRU ke-15.
- Bulan Ramadan kali ini lebih meriah apabila perdebatan antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim berkaitan kewajaran menyelamatkan Syarikat Sapura Energy akan berlangsung. Namun, ditengah-tengah tumpuan antara tokoh politik BN dan PH itu, tiba-tiba muncul kisah pemimpin utama PN, Mahiaddin Yasin bertemu pimpinan politik anti-BN untuk membentuk kerjasama baharu.
- Penulis melihat, PN setelah mereka menjadi blok yang terkapai-kapai antara mereka kerajaan atau pembangkang cuba mengambil tempat dalam pertarungan antara BN dan PH menuju PRU ke-15. Adakah kemunculan kisah bekas Perdana Menteri bertemu dan menghubungi pemimpin politik seperti PEJUANG, WARISAN,PAS dan PH adalan semata-mata atas keterdesakannya untuk berada dalam pasaran politik semasa dan mahu kembali sebagai PM?
- Paling terkini, Ketua Pemuda ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal pula membuat terjunan hebatnya apabila memuat naik video ucapannya bahawa PH gagal mengepung undi melayu kerana cuba menyingkirkan prisip Neo-feudal ataupun sifat perkauman yang lebih liberal dalam pemerintahan. Tambah Ahli Dewan Negara itu, pengundi cina juga mengamalkan gaya yang sama apabila mereka berlindung dibawah DAP.
- Mengapa tiba-tiba sahaja WAF mengeluarkan kenyataan tersebut disaat tidak ada isu pun yang berbangkit? Jika berkaitan dengan soal Indonesia yang menolak cadangan Malaysia untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai antara bahasa ASEAN, menjadi sebab WAF mengeluarkan kenyataan tersebut, ia tidak saling berkaitan langsung pun.
- Mungkinkah kenyataan tiba-tiba daripada Ketua Pemuda ARMADA ini merupakan satu langkah untuk memerangkap PH supaya kembali bertaut bersama PN? Dalam usaha Mahiaddin Yasin cuba mendapatkan sokongan parti anti-BN, DAP dan Anwar telah menyatakan bahawa kerjasama antara PH dan pengkhianat (PN) tidak berbangkit, ia menujukkan langkah untuk Mahiaddin mendapat sokongan PH gagal. Oleh itu, WAF memainkan peranannya sebagai hulu balang yang memerangkap PH dalam soal kedudukan Melayu. Kata WAF yang PN mengangkat kedudukan melayu seperti yang orang melayu mahu, tetapi gagal difahami oleh Rafizi, Mujahid dan PH itu sendiri.
- Peluru yang dihalakan kepada DAP bahawa cina akan mencari perlindungan dibawah DAP hanya mahu menghakis sokongan pengundi melayu atas pagar kepada PH. Dengan langkah itu, PH akan hilang sokongan undi melayu yang banyak, harapan WAF dan PN agar PH membuka semula pintu rundingan bersama mereka untuk mendapatkan sokongan undi melayu. Dengan itu Mahiaddin akan memimpin gabungan anti-BN dan menjadi PM semula. Begitu kah?
- Seperti dakwaan WAF, betulkah orang melayu masih dicengkam dengan pemikiran semangat kebangsaan? Kita lihat dalam keputusan PRU ke-14, mengapa parti PBBM yang membawa agenda melayu hanya mendapat 13 kerusi di parlimen,PAS mendapat 18 kerusi manakala UMNO pula hanya mendapat 54 kerusi sahaja. Bagaimana dengan pengundi melayu yang berbaki 137 kerusi lagi? Mereka ini mengundi DAP,PKR,AMANAH dan parti bukan melayu semasa PRU ke-14. Situasi itu menyumbang kepada kemenangan PH dalam PRU ke-14. Ini membuktikan, masyarakat melayu sudah mula bersedia keluar daripada kepompong naratif keutamaan melayu dalam PRU yang lalu.
- Tembok besar yang mmbentuk nilai perkauman dalam mencatur parti dalam PRU sudah pun pecah dan Malaysia sedang menuju dengan yang membangun tanpa isu perkauman sempit. Tetapi siapa yang mengembalikan sifat ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah PBBM itu sendiri, mereka yang menarik semula orang melayu duduk dibawah perkauman sempit demi memastikan mereka kekal berkuasa kan? Siapa yang bersetuju dengan UMNO dan PAS untuk turut serta ke perhimpunan melayu Oktober 2019? PBBM. Siapa yang membantu UMNO dan PAS menjadi kerajaan selepas langkah sheraton? PBBM.
- Oleh itu, Malaysia sebenarnya sudah mara ke hadapan dengan naratif perkauman yang sederhana dan membawa kemakmuran yang dirasai semua kaum. Namun PBBM cuba meniup semula isu itu agar mereka boleh kembali berkuasa dengan harapan berjaya menyingkirkan UMNO sama.
- Kedua, apa yang WAF dan buat di KBS dahulu selaku Timbalan Menteri untuk memperkasakan melayu? Jika benar itu pegangan WAF dalam politik, belia melayu mana yang WAF sudah jayakan kehidupan mereka? Adakah anak muda melayu sudah berjaya setelah WAF menjadi timbalan menteri sebelum ini? Mengapa semasa Mahiaddin menjadi PM WAF tidak bangkitkan isu ini? Kini WAF duduk sebagai timbalan menteri perpaduan pun sudah gagal apabila WAF mengeluarkan kenyataan – kenyataan yang tidak selari kepada kerukunan hidup bernegara. Tak perlu dipersoalkan, jelas pencapaiannya.
- PH mungkin tidak menjaja kata-kata untuk mengangkat kedudukan melayu. Namun setiap tindak tanduk PH berjaya menyelamatkan orang melayu. Lihat apa yang Dr. Maszlee buat untuk orang melayu, beliau tambah kuota golongan b40 yang terdiri daripada orang melayu untuk masuk asrama penuh. Apa yang Dr. Mujahid buat, beliau selamatkan tabung haji bagi memastikan orang melayu masih boleh menabung dan menunaikan haji dengan kos yang berpatutan. Ini semua untk orang melayu.
- Maka terdesak sangatkan WAF dan PN untuk memenangi PRU akan datang supaya kerusi empuk sebagai timbalan menteri masih menjadi kepunyaannya?
Cikgu Syazmir HN