SelangorToday

MELAYU TERKONGKONG DIBAWAH POLITIK UMNO & PAS, AMANAH TAWAR POLITIK BARU

Suhu politik negara semakin panas apabila gendang pilihan raya umum sedang dipalu oleh pelbagai pihak khususnya oleh pimpinan Barisan Nasional. Melalui satu kenyataan, Naib Presiden AMANAH, Dr. Mujahid Yusof Rawa menempelak BN yang sudah pun dihumban oleh rakyat pada PRU 2018, namun tetap berusaha dan berjaya berkuasa semula melalui pintu belakang. Kini kata Dr. Mujahid, orang melayu berada dipersimpangan siapa yang harus dipilih dalam PRU akan datang. berbeza dengan edisi PRU sebelum ini, PRU kali ini lebih mudah untuk dinilai oleh pengundi melayu apabila hampir kesemua parti melayu pernah berkuasa dan menujukkan keupayaan mereka mentadbir negara.

Tambah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) itu membahagikan 3 pilihan kepada orang melayu untuk dipertimbangkan menuju PRU ke-15. Parti melayu yang ada adalah UMNO,PAS dan AMANAH yang menawarkan pendekatan politik masing-masing untuk memartabatkan umat melayu dan rakyat keseluruhannya.

Memperincikan pilihan yang beliau nyatakan, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, UMNO selama ini mengamalkan politik payungan dimana secara negatifnya ia melahirkan budaya kronisme dan nepotisme untuk kekal berkuasa. Manakala orang yang berada diluar payungan UMNO akan terpinggir. Berkaitan pendekatan PAS pula, anak kepada bekas Presiden PAS itu berkata, masuk ke fasa hari ini, PAS mengamalkan pendekatan politik doktrin yang mencetuskan fahaman hanya PAS sahaja yang layak membawa nama Islam manakala yang menentangnya dituduh sebagai kafir dan dijatuhkan.

Berbeza dengan AMANAH, slogan Rahmatan Lil Alamin menjadi panduan pada AMANAH dalam memperkasakan orang melayu dengan pendekatan berasaskan idea, nilai dan wawasan untuk negara yang mahu meningkatkan kepasiti aqliyah yang tinggi. Akhirnya AMANAH menawarkan bangsa melayu yang bermaruah dan bukanya bangsa yang korup dan membabi-buta supaya mereka dibebaskan dari cengkaman kepimpinan yang menunggangi melayu dan islam demi habuan masing-masing.

Exit mobile version