SelangorToday

‘MELAYU YANG JUAL HAK MELAYU!’ – MOHAMAD SABU

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa orang melayu sendiri yang menjual hak orang melayu. Sambil menegaskan bahawa Mohamad telah berkecimpung dalam politik selama lebih 40 tahun, beliau sangat arif bahawa orang melayu sendirilah yang sedang menjual hak orang melayu. Beliau berucap ketika menghadiri acara mobilasi yang dianjurkan oleh Biro Mobilasi AMANAH Nasional di Kampung Baru. Himpunan itu diadakan bagi mendesak kerajaan persekutuan untuk menarik balik arahan yang telah merampas tanah orang melayu di Kampung Baru.

Mohamad Sabu, Mantan Menteri Pertahanan Malaysia

Sebelum itu, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan itu menyatakan kononnya kerajaan PH dijatuhkan atas alasan mahu memperkasakan orang melayu. Dalam kabinet hari ini, majoritinya orang melayu. Malangnya Mohamad bertegas isu yang sedang melanda orang melayu sekarang ini gagal diuruskan oleh pemerintah. Contohnya, FELDA yang merupakan badan yang mengurus peneroka tanah-tanah sedang dalam keadaan tersepit akibat krisis ekonomi, namun Pengerusinya dinaikkan elaun ratusan ribu.

Presiden AMANAH sedang bersalaman dengan peserta himpunan di Kampung Baru

Mohamad yang juga mantan Menteri Pertahanan juga menempelak bekas Perdana Menteri yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram itu, dulunya beliau memperli bekas Menteri Wilayah, Khalid Samad yang hanya menawarkan RM1000 untuk sekaki tanah di Kampung Baru, namun hari ini apabila UMNO kembali menjadi menteri di wilayah, hanya RM500 sekaki ditawarkan kepada orang-orang melayu. Selain itu, Mohamad juga menegaskan kerajaan hari ini yang lemah telah dikuasai oleh kapitalis sehingga sanggup menggadai hak orang melayu. Mohamad yakin, jika negara tidak berubah, Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka.

Exit mobile version