SelangorToday

MEMACU NEGERI SIHAT, SELANGOR SARING DISERTAI LEBIH 40,000 PESERTA

Selangor Saring yang mula diperkenalkan oleh Kerajaan HARAPAN Selangor penghujung Mei lalu telah berjaya menjadi program utama negeri Selangor yang memacu kearah Negeri yang sihat dan sejahtera. Program yang diadakan itu telah melibatkan kesemua 56 DUN termasuk DUN yang dimenangi oleh pembangkang Selangor. Tanpa melaksankan amalan dua darjat antara penyokong kerajaan mahupun pembangkang, program Selangor Saring yang dipimpin oleh SelCare dan dibantu oleh Sukarelawan SUKA itu telah disertai oleh 40,000 peserta daripada rakyat Selangor.

Program Selangor saring ini telah pun menyediakan pelbagai ujian saringan kesihatan termasuk saringan fizikal, ujian air kencing, ujian mata ,servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta postat. Langkah ini benar-benar memperlihatkan keprihatinan kerajaan HARAPAN Selangor yang mahu melihat rakyat negeri Selangor generasi yang sihat dan sejahtera. Dengan usaha proaktif ini, telah melibatkan peruntukkan sebanyak RM3.4 juta yang disediakan oleh Kerajaan negeri.

Berita baik buat rakyat Selangor, kerajaan HARAPAN Selangor mengumumkan untuk menimbangkan kesinambungan program ini supaya memberi impak yang lebih kepada rakyat. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial Menteri Besar Selangor, Selangor telah menyediakan banyak bantuan untuk merawat penyakit, maka kini tiba masanya untuk meluaskan inisiatif mencangkupi pencegahan penyakit pula. – Selangor Today

Exit mobile version