SelangorToday

MEMAHAMI KESAKSAMAAN GENDER, SERU DR.MARIAH SEMPENA HARI WANITA

Exco Wanita Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud menyeru rakyat Selangor memahami konsep kesaksamaan gender sebagai matlamat meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap 8 Mac. Kata beliau, sambutan Hari Wanita boleh dijadikan medan untuk masyarakat menghayati konsep kesaksamaan gender ini mengikut konteks Malaysia.

Beliau yang juga Naib Presiden AMANAH menggaris dua asas konsep kesaksamaan gender yang perlu dihati baik lelaki mahupun wanita. Tambah beliau, semua manusia adalah sama  meski berbeza jantina, agama mahupun bangsa. Kita semua sama berhak untuk dihormati dan menerima layanan yang sama. Tegasnya, kasta sosial mengikut jantian tidak wujud sama sekali.

Kedua, Ahli Dewan Negeri Seri Serdang itu memaklumkan akses dan peluang yang sama perlu diberikan kepada setiap manusia sama ada lelaki atau wanita. Mereka perlu diberikan akses yang sama terhadap sumber negara serta mempunyai peluang yang sama untuk berpartisipasi dalam ekonomi, politik, pembuat keputusan dan pendidikan. Beliau berucap ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Sedunia Tahun 2022 peringkat Selangor di ibu negeri pada Selasa.

Exit mobile version