
Kita melihat keadaan yang berlaku di sekeliling kita daripada pertembungan pemikiran, hentam menghentam sesama muslim ia membawa kepada kelemahan umat islam semakin nyata.

- Kita melihat keadaan yang berlaku di sekeliling kita daripada pertembungan pemikiran, hentam menghentam sesama muslim ia membawa kepada kelemahan umat islam semakin nyata.
- Kalau kita tengok golongan salafi moden mereka menghentam aliran ahli kalam dan golongan pengamal adat-adat melayu sampai ketahap melampau. Siapa yang menganut fahaman ahli kalam dianggap salah, tak betul, kita jadi jadi salafi. Siapa buat talqin bidaah sesat. Begitulah seterusnya. Bagi setengah mereka kalau akidah kita bersih baru Islam boleh memerintah.
- Ada setengah pergi jumpa dr wahbah zuhaili Tanya pasai tauhid asma wassifat,beliau pun tak tolak. Jadi begitulah keadaan umat islam.Yang anti wahabi pula hentam pun lebih kurang sama, kata golongan wahabi ni mujassim,tak betul dan sebagainya.jadi berpecah belah umat Islam dengan perkara-perkara istilah tersendiri, sedang semuanya menyatakan Allah itu satu,tidak berjisim, tidak sama dengan makhluk.
- Di sini ini kita mengajak kepada semua aliran pemikiran membina satu kaedah musyhtarak(titik pertemuan) yang memboleh kita sentiasa membentuk hala tuju yang sama, membentuk hubungan yang saling lengkap melengkapi bukannya hubungan yang berlawanan. Kita adalah umat islam ,umat yang satu,mempunyai Tuhan yang satu,Nabi yang satu,qiblat yang satu, Quran yang satu, Sunnah yang satu. Perlu kita selesaikan perkara sesat menyesatkan ,kafir mengkafirkan, membina akidah yang berbentuk tasauf yang menggabungkan akal dan hati. Akidah yang melembutkan hati, akidah yang cantik bersandarkan Al Quran , Sunnah dan kefahaman salafuna soleh tanpa menafikan kefahaman khalaf yang banyak membantu pemikiran.
- Perlu kita membina toleransi sesama kita, siapa yang minat salaf masuk lah salaf,siapa yang minat khalaf masuklah khalaf walapun pada hakikatnya pada pendapat saya kedua-dua aliran lengkap melengkapi Cuma kedua-dua aliran ini perlu ada tajdid didalam istilah dan juga konsep penyampian, ini terbukti kerana kedua-dua aliran telahpun awal membersihkan Allah daripada segala persamaan makhluk, Cuma cara pendekatan yang berlainan.
- Marilah kita beramal dengan kata ulama kita di dalam jauharah tauhid
Terjemahan: Setiap nas yang menampakkan sifat-sifat mutasyabihat(seperti tangan)
- Maka takwilkanya atau tafwid(serahkan pada Tuhan dengan beriman dengan ayat tersebut) dan buangkan segala persamaa dengan makhluk.
Fauwaz Fadzil Noor