
”Gen AI” Terus Berkembang Dengan Pantas dan Pesat
Di dalam penulisan saya yang lepas, saya telah menyenaraikan beberapa perkembangan ”Gen AI” yang bakal memberikan impak signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Berikut adalah beberapa perkembangan utama ”Gen AI” dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang:
- Peningkatan Kemampuan NLP: Model AI lebih baik dalam memahami dan merespons bahasa manusia.
- Pengembangan Aplikasi Perniagaan: Digunakan untuk analisis data, prediksi pasar, dan otomatisasi layanan pelanggan.
- Inovasi dalam Kreativiti: Menciptakan karya seni, musik, dan rekacipta yang inovatif.
- Peningkatan Interaksi Manusia-Komputer: Chatbot dan asisten virtual menjadi lebih canggih.
- Pembelajaran dan Pendidikan: Alat pembelajaran yang lebih personal dan adaptif.
- Kesihatan: Digunakan dalam diagnosis medikal, pengembangan perubatan, dan perawatan kesihatan personal.
- Otomasi dan Produktiviti: Meningkatkan otomasi tugas-tugas rutin dan kompleks.
- Keamanan dan Privasi: Fokus pada perlindungan data dan keamanan dalam aplikasi AI.
- Integrasi dengan Teknologi Lain: Diintegrasikan dengan IoT, blockchain, dan teknologi cloud.
- Regulasi dan Etika: Pengembangan kerangka kerja untuk penggunaan AI yang bertanggung jawab dan beretika.
Menggunakan ”Gen AI” Untuk Inovasi & Kreativiti, Bermula Dengan ”PROMPT”
Sejak menggunakan ”Gen AI” Google Bard pada awal tahun 2023 (jenama sekarang ialah Gemini) dan kemudiannya Microsoft Bing (jenama sekarang Copilot) dan ChatGPT, saya telah mendapat banyak manfaat dari situ.
Pertamanya, ”AI Chatbot” ini merubah cara saya bekerja dalam menggunakan telefon pintar, tablet, laptop dan komputer meja. Penggunaan enjin carian, yang paling popular ialah ”Google Search” sudah semakin kurang kerana ianya mengambil masa lama untuk mendapatkan jawapan yang dikehendaki. Selamat tinggal enjin carian, mari kita ”bercakap” dengan ”Gen AI”, dengan menggunakan ”prompt”.
”Prompt” ialah satu set arahan atau soalan yang diberikan kepada model AI untuk mendapatkan respons tertentu. Kualiti respons AI bergantung pada kualiti “prompt” tersebut. Rajah berikut menyenaraikan pelbagai jenis “prompt” yang kitab oleh “bercakap dan bertanya” kepada “Gen AI” untuk menghasilkan jawapan (rujukan: https://elearninginfographics.com/types-of-prompts-for-ai-creativity/).

Tips Penggunaan ”PROMPT” Yang Berkesan
Untuk memastikan ”Gen AI” memberikan jawapan yang betul seperti yang dikehendaki, berikut adalah beberapa tips untuk menyusun prompt yang berkesan:
- Jelas dan Spesifik: Prompt yang kabur akan menghasilkan respons yang kabur. Nyatakan dengan jelas apa yang diperlukan. Sebagai contoh, bukannya bertanya “Ceritakan tentang sejarah,” nyatakan “Berikan gambaran keseluruhan sejarah Mesir purba”.
- Berikan Konteks dan Sekatan (”Constraints): Sertakan maklumat latar belakang yang relevan dan nyatakan sebarang sekatan. Ini membantu AI memahami skop dan fokus permintaan anda. Sebagai contoh, “Tulis laporan kewangan yang meringkaskan prestasi suku kedua untuk permulaan teknologi”.
- Gunakan Bahasa yang Mudah dan Tidak Bermakna Dua: AI beroperasi dengan lebih cekap dengan arahan yang mudah. Elakkan ayat yang kompleks dan istilah yang bermakna dua.
- Masukkan Kata Kunci dan Frasa: Gunakan kata kunci yang spesifik berkaitan dengan output yang diinginkan untuk membimbing AI. Sebagai contoh, “Hasilkan kapsyen media sosial mengenai kenaikan harga makanan”.
- Nyatakan Gaya dan Nada: Jika anda memerlukan output dalam gaya atau nada tertentu, sebutkan dalam prompt. Sebagai contoh, “Hasilkan emel formal mengenai jadual mesyuarat”.
- Iterasi dan Penyempurnaan: Jangan ragu untuk menyemak semula prompt anda berdasarkan respons AI. Proses berulang ini membantu menyesuaikan output untuk lebih sesuai dengan jangkaan anda.
- Gunakan Prompt yang Berstruktur: Pecahkan soalan yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan mudah diurus. Ini membantu AI memahami dan memberi respons dengan lebih tepat.
- Berikan Contoh: Jika boleh, berikan contoh jenis respons yang anda cari. Ini dapat membantu model AI memahami keperluan anda dengan lebih baik.
Dengan mengikuti tips ini, anda boleh menyusun prompt yang lebih berkemungkinan menghasilkan respons yang spesifik dan tepat yang anda perlukan dari ”Gen AI”. Untuk menghayati apa yang dicadangkan ini, teruslah mula menggunakan ”Gen AI”. Dari pengalaman peribadi, saya selalu menggunakan Copilot untuk prompt pantas mendapat jawapan, menggunakan Gemini untuk penyelesaian teknikal dan ChatGPT untuk penyelesaian lebih komprehensif (kena berbayar untuk tiada sekatan).
Penggunaan ”Gen AI” Untuk Penghasilan Bahan Kreatif Imej dan Video
”Gen AI” kini makin popular dalam penghasilan bahan-bahan bersifat inovasi dan kreatif hanya dengan kita ”bercakap dan bertanya kepada ”Gen AI”. Lagi tepat kita mengajukan ”prompt” kepada model AI, akan lagi hampirlah hasil imej atau video yang AI akan cuba hasilkan. Buat masa ini, ”Gen AI” untuk penghasilan bahan kreatif imej dan video masih lagi di peringkat awal dan sedang berkembang dan matang dengan amat pantas.

Saya sendiri telah melanggan satu servis AI yang bernama PopAi (rujukan: https://www.popai.pro/) yang menggunakan enjin AI ChatGPT dibelakangnya. Di dalam pakej PopAi Pro, ada enjin AI untuk penghasilan jawapan imej dan video. Untuk pakej ini, ia membenarkan penghasilan 1 imej dan 1 video sehari. Untuk menghasilkan imej di atas, saya telah memberi ”prompt” seperti berikut: Hasilkan imej berikut: Seekor anak kucing berwarna hitam dan putih, dengan mata bulat cantik, berdiri di atas buah durian sambil menari riang. Di sekeliling anak kucing ada ramai kanak-kanak bersorak gembira.
Profil Penulis
Haji Ahmad Jamali Sepihie, seorang profesional berpengalaman dengan ijazah (kepujian) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of New South Wales, Sydney, Australia, memiliki lebih 36 tahun dalam dunia korporat dan perniagaan. Beliau lama berkecimpung dalam perniagaan berasaskan teknologi IT. Beliau sentiasa berminat dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan AI untuk memacu ekonomi digital.