SelangorToday

MENANG SEBAB FITNAH? ISLAM LARANG – SANY HAMZAN

Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Sany Hamzan menempelak sebilangan pihak yang berjaya menjadikan fitnah sebagai modal mereka untuk memenangi sebeberapa banyak kerusi di peringkat parlimen. Pilihan Raya Umum yang diadakan Sabtu lalu melihatkan detik sukar buat negara apabila tidak ada sebuah gabungan parti pun yang berjaya memenangi 112 kerusi atau lebih yang membolehkan gabungan tersebut membentuk kerajaan bersedirian. HARAPAN berjaya mengungguli jumlah kerusi paling banyak iaitu 82 kerusi diikuti PN 73 kerusi dan BN 30 kerusi. GPS pula merupakan blok terbesar di borneo dengan memenangi 23 kerusi diiukuti parti-parti lain seperti GRS, WARISAN,PBM  dan BEBAS.

Sany Hamzan menempelak pihak yang menggunakan fitnah perkauman untuk menang Pilihan Raya

Sany  yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat berbahas di Dewan Negeri Selangor semalam telah menegaskan bahawa ada pihak yang cuba memainkan fitnah perkauman dengan menggunakan hujah bahawa DAP akan mengganggu kedudukan orang-orang melayu jika kembali memerintah negara. malah ada pihak tertentu yang sengaja menggembar-gemburkan kepada pengundi bahawa HARAPAN merupakan gabungan komunis, anti-raja, anti-islam dan anti-melayu. kesemua dakwaan ini dimainkan setiap hari semasa kempen berjalan dalam tempoh dua minggu. Malah kempen ini telah meresapi ke ruang media sosial yang berjaya mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang pastinya mampu menggugat keharmonian negara.

Tambah Sany lagi, di Selangor, kerajaan diperintah oleh gabungan parti yang turut disertai DAP menghampiri 15 tahun. Namun, sehingga kini, instituti Islam tidak pernah pernah dihapuskan. Malah masjid kekal beroperasi, kedudukan melayu kekal terjamin dan aktiviti dakwah Islam terus berjalan seperti biasa. Sany yang juga Pengarah Mobilasi AMANAH Nasional, tidak dapat menyembunyikan kemarahannya kepada pihak yang membuat fitnah dan mengingatkan bahawa fitnah adalah dilarang dalam Islam. Menyinggung pihak tersebut, Sany berkata, kalau mereka yang difitnah terus melenting dan bertindak, tetapi apabila merak yang mengfitnah, ada dalil yang menghalalkan tindakan mereka. – Selangor Today

Exit mobile version